Tips Berkesan Mengingat dengan Mudah

MENGINGAT SECARA MUDAH 

APABILA peperiksaan hampir tiba, pelajar-pelajar mula risau sama ada ia boleh mengingat atau tidak fakta-fakta yang telah dipelajarinya. Bolehlah dikatakan bahawa sekiranya seseorang pelajar itu lupa tentang apa yang hendak ditulisnya, kemungkinan, kemahiran untuk mengingat bahan pelajaran sangatlah penting bagi pelajar. Di dalam buku-buku kemahiran belajar telah ditunjukkan berbagai-bagai teknik mengingat yang utama adalah bergantung pada diri kita sendiri, walaupun ada juga pengaruh daripada faktor luar. Sekiranya kita mempunyai keazaman yang tinggi untuk mengingat, kita tentu akan berusahamengingatnya dengan menggunakan teknik tertentu. Teknik mengingat hanyalah sebagai alat untuk lebih menyenangkan kita mengingat. 

Doa


TIPS NAK JADI PELAJAR SKOR STRAIGHT A'S DALAM SPM 2017

Assalamualaikum pelajar pelajar dan pembaca semua. Sempena berlangsungnya SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) 2016 saya ingin mengambil peluang untuk 8 tips menjadi pelajar cemerlang dengan straight A's dalam SPM 2017 walaupun sebenarnya banyak lagi tips yang anda boleh amalkan.


Kenapa 2017?

Sebabnya untuk calon 2016 sudah terlambat untuk mengapliksainya. Ini adalah sebagai persediaan awal dari segi mental dan fizikal bagi calon SPM 2017.Untuk menjadi pelajar yang cemerlang tidaklah sesukar apa yang anda bayangkan. Ianya menjadi sukar apabila anda "malas" untuk membuat perkara-perkara berikut.


1. Solat 5 waktu di awal waktu bagi muslim. 


Ia merupakan salah satu cara untuk membeli waktu, ini kerana kita selalu merasakan masa berlalu dengan sangat pantas. Akibatnya sebagai seorang guru saya kerap mendengar A.L.A.S.A.N tak sempat dan tak cukup masa. Amalkan ia dan rasakan keajaibannya.

35 Petua Pelajar Cemerlang dari Dr Fadzilah Kamsah

             Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan:

1.) Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut

2.) Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
  • kita ingat 10% apa yang dibaca
  • kita ingat 20% apa yang didengar
  • kita ingat 50% apa yang didengar & dilihat
  • kita ingat 70% apa yang dicakapkan
  • kita ingat 90% setelah dipraktikkan


21 Teknik Pembelajaran yang Betul dan Berkesan



Suasana Pembelajaran Yang Kondusif


Pelajar yang mengamalkan cara belajar yang betul akan lebih mudah mencapai kejayaan berbanding dengan pelajar yang belajar tanpa mengikut tatacara yang bersistem. Berikut ini disenaraikan dua puluh kaedah belajar yang berkesan untuk membantu pelajar berhadapan dunia peperiksaan.


Pertama – Tidak mensia-siakan biar pun seminit

Seorang pelajar yang cemerlang menggunakan masa yang teruang, masa pertukaran kelas, masa menunggu kereta sewa, masa sebelum hidangan makanan. Mereka boleh membaca satu atau dua soalan objektif atau ulangkaji pelajaran yang telah mereka baca.


Kedua – Membawa buku ke mana sahaja mereka pergi

Amalkan sikap membawa buku setiap ketika. Sikap ini bukan bermaksud kita mesti membaca buku tersebut. Kemungkinan diri anda tidak membaca apa-apa , tetapi ia memupuk jiwa bersungguh-sungguh dengan kewajipan terhadap pelajaran. Sikap ini membolehkan anda menyemai budaya belajar yang positif dan sikap bertanggungjawab terhadap pelajaran.


KAEDAH PEMBELAJARAN YANG LEBIH BERKESAN

Teknik-teknik pembelajaran yang baik merupakan satu kaedah dalam usaha kita menghadapi pelajaran yang terbaik sebagai langkah untuk memperolehi kejayaan yang cemerlang di dalam bidang pembelajaran.

Pelajar perlu memahami bahawa tidak ada satu ‘formula’ yang mesti dan tepat bagi merumuskan satu kaedah yang paling baik untuk menghadapi pelajaran melainkan ia banyak bergantung kepada diri pelajar itu sendiri. Apa yang penting untuk dijelaskan ialah beberapa garis panduan yang besar sahaja dikenalpasti untuk dijadikan landasan bagi seseorang pelajar bergerak menghadapi peperiksaan.

FAKTOR-FAKTOR DORONGAN DALAM PEMBELAJARAN
  • Mengenal pasti wujudnya ‘motivasi dalaman’ atau faktor-faktor pendorong di dalam diri maing-masing, misalnya kemiskinan.
  • Menginsafi akan kepentingan ilmu, tujuan ilmu dipelajari, untuk apa dan hendak ke mana ilmu yang dikumpulkan itu.